Pembentangan Laporan Akhir Latihan Industri Semester Februari 2021

Pada 18 Julai 2021 satu pembentangan laporan Akhir bagi kursus Latihan Industri bagi semester Februari 2020/2021 telah diadakan secara atas talian dimulai seawal jam 9.30 pagi. Pembentangan tersebut telah dijalankan mengikut Program masing masing secara serentak (concurrent) di dalam 10 bilik maya (room) google meet yang berlainan dan melibatkan 86 pelajar tahun akhir Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi. Semua pensyarah yang dilantik sebagai Penyelia LI di Fakulti telah diberi tugas sebagai Panel Penilai dalam Pembentangan kali ini. Secara kebiasaanya medium pembentangan ialah slideshow namun kali ini medium pembentangan telah ditukar kepada E-poster.Pembentangan telah berlangsung dengan jayanya sehingga jam 11.45. Pada Jam 12.00 tengahhari telah dijadualkan untuk Majlis Penutup Pembentangan Latihan Industri. Majlis Penutup tersebut dimulakan dengan Taklimat Graduate Employability oleh Dr. Norfadhilah binti Ibrahim, disusuli dengan taklimat pengajian program pascasiswazah oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Dr. Muhammad Azwadi bin Sulaiman. Dr. Nor Fadhilah mengingatkan para pelajar supaya mengisi borang SKPG iaitu skim khas pengesanan Graduat yang perlu di isi sebelum melayakkan para pelajar untuk menamatkan pengajian sebelum sesi mengambil jubah konvo diadakan. Pelajar diminta juga untuk megisi sebarang borang yang di hantar melalui aplikasi telegram termasuk alumni survey dan exit survey. Sementalah itu, Prof. Madya Dr. Azwadi Sulaiman telah membentangkan dengan terperinci maklumat mengenai kaedah program pascasiswazah di Universiti Malaysia Kelantan amnya dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi khasnya. Sesi terakhir yang ditunggu-tunggu ialah pengumuman pembentang E-Poster terbaik bagi setiap bilik pembentangan (Google Meet room). Majlis ditutup dengan sesi bergambar sebagai kenangan pelajar dan pensyarah. Senarai Pembentang terbaik adalah seperti senarai di bawah.

  1. NURUL ANIS AMIRA BINTI CIK GHANI
  2. WAN NUR AIN SYAFIQAH BINTI WAN MOHD ZAKI
  3. BAK JIA EN
  4. KHAIRUNNISA' AMIERA BINTI SULAIMAN
  5. NOR SARAH AMIRA BINTI ISMAIL
  6. AFIQAH BINTI JASMI
  7. NOR FARHANIS BINTI MOHMAD SAHBUDDIN
  8. NURUL AFIQAH BINTI ISMAIL
  9. NORHAFIEZA BINTI MOHD AZMI
  10. NUR AFIRA BINTI BADRUL HISHAM

Disediakan oleh,

ChM. Dr. Nadiah Bte Ameram